Welcome semua

explorasi dunia mayaku dengan penuh illustrasi kehidupan

Halaman

Eksplorasi satu dalam berjuta

Eksplorasi satu dalam berjuta
eksplorasi ke dalam dunia maya ku....

Sabtu, 27 Februari 2010

Wonder Girls

Wonder Girls


Kumpulan ini berasal daripada Korea Selatan dan telah ditubuhkan pada tahun 2007 melalui audition yang telah dijalankan di seluruh negara. Wonder Girls diperkenalkan oleh komposer terkenal iaitu Park Jin-Young. Wonder Girls dianggotai oleh lima orang yang mana telah berjaya disaring melalui audition yang telah dijalankan. Wonder Girls telah menjadi sensasi baru dan popular di Korea Selatan selepas melancarkan album mereka yang pertama yang berjudul The Wonder Begins, dengan lagu hits mereka Tell Me.

Ahli-ahli Wonder Girls:

• 민선예 (Min Sun Ye)
• 박예은 (Park Ye Eun)
• 선미 (Sun Mi)
• 안소희 (Ahn So Hee)
• 김유빈 (Kim Yoo Bin).

Selepas itu mereka mengeluarkan single dan mini album yang mempunyai beberapa lagu hits dan menjadi siulan seperti Irony, So Hot, Nobody dan sebagainya. JYP Entertainment yang merupakan syarikat rakaman Wonder Girls telah meletakkan kepercayaan kepada Wonder Girls untuk melebarkan populariti Wonder Girls pada peringkat yang lebih tinggi. Langkah pertama, melancarkan versi Inggeris untuk lagu Nobody. Muzik nobody yang berunsurkan motown amat menarik dan senang didengar telah berjaya menarik perhatian peminat muzik. Lagu tersebut telah berjaya menduduki carta Billboard dan merupakan artis Korea yang yang berjaya berbuat sedemikian. Selepas itu, Wonder Girls telah diberi peluang untuk menjadi artis pembuka bagi konsert The Jonas Brother di Amerika Syarikat. Pendedahan tersebut adalah berguna bagi Wonder Girls untuk dikenali di mata peminat di Amerika Syarikat.

Untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa bukanlah mudah. Wonder Girls telah membuat pelbagai persiapan seperti memasuki kelasa bahasa Inggeris supaya penguasaan mereka dalam bahasa itu lebih jitu dan bagus. Namun selepas menyertai Road Tour Concert The Jonas Brother di sepanjang tahun 2009, penguasaan bahasa Inggeris telah menjadi lebih baik dan telah diakui peminat-peminat mereka. Sekarang mereka merancang untuk mengeluarkan album penuh Inggeris yang mana mempunyai sepuluh lagu. Enam lagu daripada album itu merupakan lagu-lagu yang pernah menjadi hits dan telah dialih bahasa. Manakala, empat lagi merupakan lagu baru. Dikatakan album tersebut akan berada di pasaran pada bulan Februari atau Mac 2010. Harap kemunculan album tersebut akan menyemarakkan industri muzik dunia...Chaiyok! Chaiyok! Chaiyok!...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan