Welcome semua

explorasi dunia mayaku dengan penuh illustrasi kehidupan

Halaman

Eksplorasi satu dalam berjuta

Eksplorasi satu dalam berjuta
eksplorasi ke dalam dunia maya ku....

Sabtu, 10 April 2010

Kursus KEPIMPINAN di Taman Negara........

25-27 March bertempat di Taman Negara, Kuala Tahan, aku telah menghadiri kursus KEPIMPINAN anjuran unit latihan PPUKM.....aku mmg suka menghadiri kursus sebab ley kurangkan segala tekanan dalam kerja....lagi ley tingkatkan pengetahuan dan kemahiran yang laen....

25.3.10 - Perjalanan yg dijangka bertolak kol 10 a.m terlambat...bertolak kol 10.45 a.m...aku aje yg punctual...kol 9.45 da tercongok kt tempat berkumpul....erm....nape mereka-mereka x boley nk jadi sesorang yg punctual.....perjalanan yang dijangkan mengambil masa 3-4 jam....Aku pergi bersama dengan Cik Haslina, terapis yang keje satu tmpat dengan aku....so, x la boring sgt, ader gak member satu tempat keja....huhu....perjalanan dirasekan sangat2 lama....lebey kurang kol 4 barula sampai di resort dimana kursus 2 dibuat....Rainforest resort....well, my impression towards resort nih mule2, mcm x bes....tapi overall, ok la....bilik pun selesa jugak....yang lawakya, urusetia kursus ley tersesat, salah jalan sampai ke Gua Musang....kelaka bila fikir....huhu....Dorang sampai kol dekat kol 7....huhu...Petang tu aktiviti x mula lagi, cuma tido aje....huhu....ujan lak tuh....tido mati la....hehe...

Aktiviti bermula pada pukul 9 selepas makan malam....Topik kursus berkisar mengenai peranan ketua, bagaimana menjadi ketua yang telus dan tegas dan sebagainya...agak membosankan disebabkan aku masih belum jadi ketua...hehe...tapi layan aje la...Latihan malam tu habis kol 11 malam....terus balik ke bilik, malas nk mkan hidangan ringan yang disediakan...






26.3.1o - Aktiviti bermula seawal pukul 8.30 selepas sarapan.....permulaannya agak perlahan...aku suka bila aktiviti luar bermula....best....explorace di luar....aktiviti ni menitikberatkan kerjasama antara semua ahli kumpulan....terdapat enam tugasan yg perlu dibuat dan setiap ahli kumpulan dikehendaki menjadi ketua termasuklah aku...hehehe....
Aktiviti ini agak memenatkan terutamanya aktiviti kelima....aktiviti ke-lima nih, diberi situasi dimana seorang ahli kumpulan cedera dan x boleh berjalan.....so, terpaksa la angkat....adooooiiii, sakit pinggang aku....jauh lak 2...


Aktiviti petang merupakan aktiviti riadah.....urusetia mengingatkan supaya pakai selipar aje, jgn bwk nset n kamera kerana aktiviti riadah tersebut seratus peratus pasti akan basah...aktivti melibatkan air la katanya....semua perserta kursus dibwa menyusuri sungai di Taman Negara....perasaan teruja yang amat....huhu....first time la gamaknya....



Indahnya permandangan....kiri dan kanan hutan....sejuk aje mata aku nih....perhentian pertama mengambil masa lebih kurang setengah jam iaitu pusat pemuliharaan ikan kelah....sempat jugak bermain dengan beribu-ribu ikan.....dalam hati aku nih " kalo wat gulai nih sedap giler"...huhu....harga ikan kelah sungai sekilo RM120.....errrkkkk.....macam nk terkeluar jantung...mahal nk mampus....huhu..


Perhentian kedua mengambil masa lebih kurang setengah jam.....aku ngan peserta kursus kena berjalan menrentasi hutan sejauh lebih 1 kilometer untuk sampai ke Lata Berkoh....perjalanan yg agak berliku...huhu....banyak giler najis gajah yang boleh dilihat semasa menuju ke Lata Berkoh.....


Selepas itu, bergerak kembal ke perhentian mula utk aktiviti " Rapid Shooting"....mula aku fikir, ape la kejadahnya aktiviti nih....maen paint ball dalam air ke....haha....rupenya maen basah2....baru aje aku nk rehat2, ombak besar mari....adeii..basah kuyup aku....bot belakang selisih ngan bot aku....pas2 guna kayu kocak2 air.....pergghhh....basah.......itu rupenya "rapid shooting'....kocak2 air rupenya..turn bot aku lak kocak2 air.....bot peserta laen lak basah...kesimpulannya semua perserta basah kuyup....huhu....

Aktiviti malam - memang xde mood....letih....semua peserta mcm tuh....baek dok bilik tido...huhu.....habis kol 10.45, trus balik bilik, tido...huhu....

27.3.10 - Hari terakhir sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.....semua peserta excited nak balik....huhu....aku pun cenggitu gak....huhu....

Rabu, 3 Mac 2010

Jenjalan di Masjid Jamek, Sogo tapi akhirnya....

2-3-2010....

Kawan tmpt aku ajak gi jenjalan area Semua house pas keje...Katanya nk beli baju keje....pergi 4 orang, semua staff tmpt keje....aku aje lelaki solo g sane....wahaha.....g naek LRT dari Stesen Bandar Tun Razak...G ler Semua House, lalu masjid jamek segala....round2 Semua House, ermmm, rupenya x beli pun baju kerja...pas2 cari tudung kat deret2 kdai area c2 gak....adeiii, yg x than kuar ngan perempuan ni apabila mereka menyoping tudung....terbelek2, terbelai2, terusik2, tgok2, pegang2 tapi kesudahannya x beli gak....akhirnya hampir sejam, baru la mereka membeli 2dung...aku hanya menanti....lalu depan sogo, mereka masuk sogo, aku trus g Pertama Kompleks...ingatkan aku saje2 nk usha nset2 baru....saje aje nk cuci mata....tgok nset ape yang terbaru n rege terlatest.....TAPIIIIIII.....ARGGHHHHHHH....xthn ngan dugaan, aku terbeli nset baru lak.....

ni nk citer ttg nset baru aku beli tu....Sony Ericsson c510i....Function die x le mantap sgt...biasa2 aje....3.5G, 3.2MP dan dll....mule2 nk beli k660i tapi da hbis stok...haih....suka pakai nset K660i tuh cuz da penah pakai b4 dis....ermmm.....duit pun da hbis bulan nih....so makan pasir la sampai ujung bulan, tunggu gaji...haha...

Ahad, 28 Februari 2010

Handphone : 10 Tip Merawat Bateri Handphone





Penjagaan handphone adalah amat penting kerana isa dapat menjamin handphone kesayangan anda dapat digunakan dengan lebih lama. Selain daripada penjagaan dari segi fungsi dalaman, bateri handphone juga turut memainkan peranan penting. Di mana penjagaan bateri yang baik dapat memanjangkan hayat operasinya. Kali ini saya berikan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjada bateri handphone agar tahan lama.


1. Matikan handphone, sebaiknya matikan hanphone jika anda berada di sebuah tempat yang berkemungkinan sukar untuk mendapatkan signal. Kalu handphone terus diaktifkan dan sedaya upaya mencari signal, hal ini akan membuat bateri anda semakin lemah.



2. Pakai repeater, ketika berada di tempat terpencil, gunakan repeater handphone untuk memperkuatkan penangkapan signal


3. Matikan fungsi suara yang tidak penting, jangan biarkan aktif sepanjang hari.


4. Jangan aktifkan ringtone dan fungsi gegar (vibrate) sekaligus kerana melemahkan tenaga bateri, aktifkan salah satunya saja. Ketika berada di tempat tertentu, ada baiknya aktifkan fungsi getarnya saja, namun begitu ketika berada di kawasan ramai orang seperti mall, stadium dan bandar, mengaktifkan ringtone boleh menjadi pilihan yang lebih baik.



5. Kurangkan brightness skrin handphone hingga 50% sahaja agar tenaga bateri yang terpakai lebih jimat



6. Matikan bluetooth jika tidak digunakan. Untuk pengetahuan anda, Blueetooth yang aktif akan mengurangkan bateri handphone dengan lebih cepat.


7. Sama halnya seperti Bluetooth, matikan juga Infra Red jika tidak digunakan


8. Matikan aplikasi-aplikasi lain yang tidak digunakan



9. Letakkan hanphone di tempat yang suhunya normal sehingga tidak terjadi kerosakan akibat suhu yang terlalu tinggi atau rendah. Misalnya, jangan letakkan handphone di dalam kereta yang berjemur di bawah matahari atau di atas laptop yang suhunya panas.




10. Segera cabut charger dari handphone jika bateri sudah penuh.


Pesanan: semoga dengan tip-tip yang diberi akan dapat memberi pengetahuan. Semoga bateri handphone anda tahan lebih lama...

Handphone - Sony Ericsson Aino

Sony Ericsson Aino - Menu Multimedia Sokong Skrin Sentuh...




Secara jujurnya, saya merupakan seorang yang sangat teruja dan berminat dengan apa jua berkaitan dengan handphone.. Angan-angan nak pakai handphone itu, handphone ini.. Tapi biasa la, x semestinya kita harus memiliki kesemuanya... Apa yang penting, miliki handphone yang menjurus minat dan keperluan kita.. Saya bawakan kepada anda spesifikasi dan ciri yang unik yang terdapat pada Sony Ericsson Aino yang mana juga merupakan handphone idaman saya (ngah kumpul duit membelinya)....

Kehadiran Sony Ericsson Aino ternyata mampu menarik perhatian dengan reka bentuk dan kehebatan fungsi yang ditawarkan. Diketegorikan sebagai hadphone multimedia, SE Aino mampu memenuhi keperluan hiburan anda tidak kira dari aspek penggambaran mahupun mendengar muzik atau menonton video. Satu pakej yang lengkap. Malah paparan skrin yang berukuran 3 inci yang mendominasi bahagian depan handphone ini turut menyokong teknologi skrin sentuh jenis capacitive yang memudahkan pengawalan multimedia. Fungsi WIFI dengan fungsi DLNA juga membolehkan SE Aino disambungkan terus ke playstation yang menjanjikan satu kelainan berbanding dengan handphone multimedia lain di pasaran.


SPESIFIKASI UNIK SE AINO:

ASAS

Band : GSM 850/900/1800 & UMTS 850/900/1900/2100
Ukuran : 104 x 50 x 15.5 mm
Berat : 134 g
Skrin : 3 inci TFT 16 juta warna, resolusi 432 x 240 pixels

REKA BENTUK

Jenis : Slider
Memori dalaman : 55MB
Butang navigasi : D-pad
Tambahan memori : microSD ( sehingga 32GB )

HIBURAN

Pemain MP3 : Ada
Radio : Ada (RDS)
Pemain video : Ada
Format video : 3GP, MP4
Format audio : MP3, AAC

MESEJ

SMS/EMS/MMS : ada/tiada/ada
Email/IM : ada/ada

SAMBUNGAN DATA

3.5G : ada
WLAN : WIFI 802.11 b/g (DLNA)
EDGE/ GPRS/ Bluetooth/ Kabel USB/ HSDPA/GPS : semua ada

KAMERA

Jenis lensa utama : 8.1 MP (auto fokus)
Digital zoom : 16x
Face detection : ada
Image stabilizer : tiada
Flash : ada
Smile shot : tiada
Video stabilizer : ada

SPECIAL

  • You tube
  • Facebook
  • SensMe
  • PlayStation 3 Remopte Play





Komen: Sony Ericsson Aino yang dikategorikan sebagai handphone multimedia mampu memenuhi keperluan pengguna yang inginkan sebuah peranti semua dalam satu. Kelebihan SE Aino adalah keupayaannya dalam menggabungkan kehebatan Cybershot dan juga Walkman. Malah penggunaan teknologi skrin sentuh jenis Capacitive yang disediakan memudahkan lagi kawalan multimedia handphone ini. Selain itu, ia juga mampu diintegrasikan dengan konsol permainan PlayStation 3 secara wireless dengan bantuan teknologi WIFI (DLNA)





Namun begitu, kelemahan ketara dapat dilihat pada handphone ini pula adalah penyediaan skrin sentuh yang hanya dihadkan dengan menu multimedia sahaja. Reka bentuk dan kedudukan D-Pad yang agak sempit dan mendatar juga menjadi masalah pada mereka yang mempunyai jari yang besar. Dari segi penggambaran pula, fungsi yang ditawarkan agak terhad berbanding handphone kamera yang lain di pasaran.




Peringatan : Beli handphone mengikut keperluan anda.. Tetapi kalau sudah menjadi idaman kalbu, boleh merancang untuk menyimpan duit secara bulanan sehingga mencukupi dan boleh beli handphone yang anda mahukan. Tepuk dada tanya selera....

Sabtu, 27 Februari 2010

Wonder Girls

Wonder Girls


Kumpulan ini berasal daripada Korea Selatan dan telah ditubuhkan pada tahun 2007 melalui audition yang telah dijalankan di seluruh negara. Wonder Girls diperkenalkan oleh komposer terkenal iaitu Park Jin-Young. Wonder Girls dianggotai oleh lima orang yang mana telah berjaya disaring melalui audition yang telah dijalankan. Wonder Girls telah menjadi sensasi baru dan popular di Korea Selatan selepas melancarkan album mereka yang pertama yang berjudul The Wonder Begins, dengan lagu hits mereka Tell Me.

Ahli-ahli Wonder Girls:

• 민선예 (Min Sun Ye)
• 박예은 (Park Ye Eun)
• 선미 (Sun Mi)
• 안소희 (Ahn So Hee)
• 김유빈 (Kim Yoo Bin).

Selepas itu mereka mengeluarkan single dan mini album yang mempunyai beberapa lagu hits dan menjadi siulan seperti Irony, So Hot, Nobody dan sebagainya. JYP Entertainment yang merupakan syarikat rakaman Wonder Girls telah meletakkan kepercayaan kepada Wonder Girls untuk melebarkan populariti Wonder Girls pada peringkat yang lebih tinggi. Langkah pertama, melancarkan versi Inggeris untuk lagu Nobody. Muzik nobody yang berunsurkan motown amat menarik dan senang didengar telah berjaya menarik perhatian peminat muzik. Lagu tersebut telah berjaya menduduki carta Billboard dan merupakan artis Korea yang yang berjaya berbuat sedemikian. Selepas itu, Wonder Girls telah diberi peluang untuk menjadi artis pembuka bagi konsert The Jonas Brother di Amerika Syarikat. Pendedahan tersebut adalah berguna bagi Wonder Girls untuk dikenali di mata peminat di Amerika Syarikat.

Untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa bukanlah mudah. Wonder Girls telah membuat pelbagai persiapan seperti memasuki kelasa bahasa Inggeris supaya penguasaan mereka dalam bahasa itu lebih jitu dan bagus. Namun selepas menyertai Road Tour Concert The Jonas Brother di sepanjang tahun 2009, penguasaan bahasa Inggeris telah menjadi lebih baik dan telah diakui peminat-peminat mereka. Sekarang mereka merancang untuk mengeluarkan album penuh Inggeris yang mana mempunyai sepuluh lagu. Enam lagu daripada album itu merupakan lagu-lagu yang pernah menjadi hits dan telah dialih bahasa. Manakala, empat lagi merupakan lagu baru. Dikatakan album tersebut akan berada di pasaran pada bulan Februari atau Mac 2010. Harap kemunculan album tersebut akan menyemarakkan industri muzik dunia...Chaiyok! Chaiyok! Chaiyok!...




Tab mandi anda...


KITA sering terlepas pandang aspek penjagaan kamar mandi kerana hanya memberi tumpuan kepada elemen lain sehingga mengabaikan fungsinya.

Selain merupakan lokasi untuk membersihkan diri, kamar mandi turut menjadi tempat merehatkan tubuh dan menenangkan fikiran setelah penat menjalani rutin seharian.

Perubahan budaya dan taraf hidup hari ini bagaimanapun telah memberi nafas baru kepada ruang peribadi ini.

Justeru, tidak hairanlah ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk mendapatkan kamar mandi eksklusif.

Menjadi bukti betapa tab mandi mampu menyuntik elemen kemewahan ke dalam sesebuah kamar mandi ialah apa yang dikatakan sebagai tab mandi termahal di dunia yang dijual pada harga AS$67,557 (RM229,694) seunit.

Menurut laman web gomestic.com, tab mandi tersebut diperbuat daripada tembaga padu daripada jenama Kohler Kallista dan dikenali sebagai Tab Mandi Archeo Copper.

Ia merupakan salah satu daripada lapan tab jenis mandi paling mewah di dunia yang termasuklah Tab Mandi Red Diamond daripada jenama Aldo Puglielli.

Dijual pada harga RM160,480 seunit, ia dilengkapi ciri mewah antaranya kerangka yang diperbuat daripada 42 gram emas 18 karat dan kristal Swarovski. Enam lagi tab mandi yang tersenarai ialah Le Clob Glass yang berharga RM115,600 setiap satu, Golden (RM88,400), Haute Rod (RM88,400), Book Cum (RM58,880), Aquarium (RM49,300) dan Portable Wood-Burning Hot (RM20,400).




Tip penjagaan tab mandi anda, itu pun kalo rumah anda ada tab mandi:

  • elakkan mengisi air di dalam tab mandi melebihi jumlah yang disarankan
  • bagi menjadikan air menjadi suam masa nak mandi, masukkan air sejuk dulu, baru isi air panas
  • jangan cuci tab mandi anda dengan pencuci yang kuat kalau xnak ader perubahan warna pada tab mandi anda
  • Mandi sorang2 aje, jangan mandi ramai-ramai...hehe....pesanan pada yang nakal2 tuh...

Pelik tapi....ermmm...

Pernahkah anda saksikan ikan secomel ini????














Pelik Tapi.......

Dunia penuh misteri.....betul atau tidak, wujud atau tidak, mari kita bincangkan......



Ini merupakan kempen Mascara terbaru keluaran Silky Girl...khas utk remaja yang inginkan kelainan...akan berada di pasaran bulan Mac 2010.


Burung unik ini dijumpai apabila sedang menyerang sekumpulan kanak-kanak yang sedang mandi manda di kawasan terpencil di bahagian barat Sabah. Rupa dan ciri pada burung tersebut memang amat menarik dan telah menjadi perbualan topik masyarakat Malaysia.


Cheese cake keluaran terbaru sebuah kedai kek terkenal negara.


Baka kuda terbaru telah berjaya dicipta....dikatakan kuda tersebut mampu menari salsa sambil menghiburkan tuannya..Orang kaya telah melabur ribuan wang untuk mendapatkan baka tersebut.



Lihatlah, leher ku yang jinjang dan dadaku yang bidang (nyanyi dengan bangganya)



Baka kucing kampung + kucing urban

Makluman: untuk bergurau senda ajer....

cerpen cinta


Membaca boleh merehatkan minda dan meleraikan kekusutan fikiran...membaca boleh dijadikan satu medium mengillustrasikan jiwa dan hati....saya bawakan dan kongsikan bersama satu cerpen ringkas yang hebat dengan mainan bahasa dan bait kata yang tersusun..



Cerpen Cinta: Kaulah Mata Hatiku

Mac 10, 2008

Oleh Siti Sohaidayati Sohib

Deburan sang ombak yang tidak jemu-jemu menghempas pantai dapat kurasai percikannya dengan hujung kaki. Di dalam kegelapan ini, hatiku berilusi, memanifestasikan fatamorgana indah ciptaan Tuhan biarpun ia terlalu jauh daripada pandangan panca indera.

“Seri …” Arshad bersuara, cuba menarik perhatianku.

Bau haruman berjenama Davidoff yang begitu semerbak menandakan Arshad sedang berdiri tidak jauh dariku.

“Ada apa Shad panggil Seri?” Aku mengulumkan senyuman, cuba mencari-cari dari mana arah bunyi suara lelaki yang telah kukenali semenjak tiga tahun yang lalu sewaktu kami sama-sama menuntut di menara gading.
“Seri sukakan tempat ni?” Dia mengajakku untuk terus berbicara.

“Suka, tempat ni sejuk, banyak angin tapi sayangnya Seri tak nampak,” balasku jujur.

“Tapi Seri boleh menafsirkannya dengan mata hati kan?” Arshad mengajukan pertanyaannya.

“Hmm tapi tak sejelas seperti mereka yang mampu melihat,” kataku lirih.

“Seri, kalau Shad jadi ombak, Seri akan jadi apanya?” Soalan dari bibir Arshad itu kurasakan persis pertanyaan yang selalu diutarakan oleh anak-anak kecil.

“Merepeklah Shad ni.” Aku membalas acuh tak acuh.

“Seri, jawablah untuk Shad, Shad teringin nak dengar jawapan dari mulut Seri…” Rayuan Arshad cukup membuatkan aku tertawa geli hati.

“Shad kan kawan baik Seri. Kalau Shad dah rela sangat nak jadi ombak, Seri kenalah jadi pantainya, takut-takut kalau tak ada pantai nanti ombak tu jadi tsunami pula,” gurauku sambil ketawa panjang.

“Habis, kalau Shad jadi kumbang? Seri sudi ke jadi bunganya?”

Pertanyaan Arshad itu membuatkan aku terdiam. Kaku dan kelu seribu bahasa.

“Seri…” Kali ini Arshad menggapai jari jemari halusku lalu digenggam mesra.

“Shad tak nak kehilangan Seri walaupun sedetik dan sebenarnya Shad ingin melamar Seri untuk dijadikan suri di dalam hidup Shad.”

Genggaman tangannya di jemariku tambah erat.

Aku kaget lalu tunduk cuba menyembunyikan wajah daripada pandangan mata Arshad sambil mencari-cari kalimah terbaik untuk membalas bicaranya yang sungguh jauh daripada jangkaan hatiku.

“Seri, Shad dah lama menyintai Seri dalam diam.” Luahan Arshad itu membuatkan aku diulit resah.

“Shad, Seri tak tahu sama ada sekarang ni, Seri yang buta atau Shad sebenarnya yang buta. Shad kan tahu yang Seri ni cacat…! Tak sesempurna dan seayu wanita lain.”

Aku meluahkan segala ketidakpercayaanku pada setiap kata-kata Arshad.

“Tidak sayang. Kalau selama ini Seri tak dapat melihat, biarlah Shad yang akan menjadi mata untuk menyuluh hidup Seri buat selama-lamanya. Shad sungguh-sungguh menyintai Seri.” Lelaki itu mengulangi lagi kalimah cintanya.

“Shad, Seri tak sangka sejauh itu perasaan Shad terhadap Seri. Bermadah itu memang mudah dilafazkan dari lidah tapi hakikatnya Seri takut kalau suatu masa nanti Shad yang akan menyesal tak sudah.” Aku cuba menyedarkan Arshad daripada terus dibuai lena.

“Seri, dengarlah! Ini adalah keputusan seorang lelaki yang bernama Arshad Hakimi, Shad tak sanggup berpisah dengan Seri. Jawapan soal hati ini ada pada hati Seri sendiri.

“Beristikharahlah, semoga Tuhan benar-benar memberikan petunjuk pada Seri yang kehadiran Arshad ni memang dititipkan untuk menemani dan menyuluhi kegelapan hidup Seri,” tegas Arshad panjang dan penuh makna.

Bunyi gurauan sang ombak di bibir pantai masih kuat mendesah. Begitu juga persoalan hati yang baru dibahaskan oleh Arshad sebentar tadi. Bicaranya terlalu mengocak ketenangan dan meninggalkan buih-buih resah di tubir hati.

Malam makin gelap. Segelap pandanganku ini. Aku tahu di luar sana pasti ada sinar rembulan tetapi sinaran indah itu tidak mungkin sampai ke mata hatiku kerana ia sudah digerhanai resah.

Aku buntu. Bukan mudah untuk membalas cinta Arshad lantaran aku belum mencapai impianku. Sedari kecil, aku memang bercita-cita untuk menjadi seorang guru namun lantaran aku dilahirkan daripada golongan orang kurang upaya, bidang profesional itu masih belum terbuka untuk orang yang senasib dengan diriku.

Segulung ijazah yang aku miliki dalam jurusan Sains Soisal juga masih belum menjanjikan sebarang jenis kerjaya yang sesuai dengan keadaan diriku ini.

Sesungguhnya hasrat yang tertarik di hati kecilku ini ialah ingin menjejaki jejak langkah ayah dan ibu yang menyandang jawatan sebagai seorang guru dan mendidik anak bangsanya. Hasrat itu juga pernah kusuarakan kepada Arshad dan dia sungguh berbangga dengan impian murniku.

Sebagai seorang wanita juga, aku akur dengan fitrah alam. Setiap wanita pasangannya adalah lelaki. Di sebalik kecacatan kekalku ini, suatu masa nanti aku juga mempunyai naluri untuk hidup bersama seorang insan yang dipanggil suami, riuh dikelilingi cahaya mata dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Namun, apakah ada lelaki berjiwa luhur yang mampu menerima diri ini seadanya? Persoalan itu mengingatkan aku tentang lamaran Arshad tempoh hari.

Sesungguhnya aku tidak pernah menatap wajah Arshad apatah lagi menafsirkan renungan dari sinar matanya untuk mengukur sejauh mana kejujurannya terhadap diriku. Aku cuma mengenali suara garaunya dan mengecam kehadirannya melalui bau haruman yang sering dipakai ketika dia bersamaku.

Ada kalanya juga, jika dia sudah lama tidak menjengukku, terbit jua rasa rinduku pada lelaki itu. Malangnya, aku tidak mampu membaca bahasa cintanya yang terpamer di sebalik keprihatinannya meladeni setiap kerenahku.

“Apa perlukah aku menukar nama Arshad daripada seorang insan yang bernama sahabat kepada seorang lelaki yang bergelar kekasih?”

Kewarasan akalku cuba berbicara pada hati. Akhirnya hanya resah dan buntu yang datang tanpa henti.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui segenap zahir dan batinku dan tidak ada satu urusan pun daripada setiap urusanku yang tersembunyi oleh-Mu. Berikanlah aku petunjuk seandainya pilihan ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku pada masa kini dan masa akan datang.”

Sepotong doa kudus itu kupanjatkan sebelum mengakhiri solat istikharah di hujung dinihari yang kian sepi.

Semilir yang datang dari samudera nan luas masih setia bertiup nyaman. Sesekali kedengaran siulan sang camar yang berselang-seli dengan desahan ombak.

“Seri..” Arshad menggapai tangan kananku.

“Cuba Seri teka, apa agaknya benda ni?” Arshad meletakkan sesuatu di telapak tanganku.

Aku cuba mengecam benda tersebut dengan sentuhan jari.

“Hmm, ini pasti cengkerang siput kan?” Aku cuba menebak.

“Betul, sayang.” Sejak dari hari pertama Arshad melamarku tempoh hari, acap kali perkataan sayang itu begitu mudah bermain di bibirnya.

Aku hanya mengangguk tanpa sepatah bicara.

“Seri, cuba Seri teka benda apa pula ni?” Arshad meletakkan benda lain di telapak tanganku.

Jemariku menyentuh permukaan kotak baldu berbentuk bulat yang lembut dan rata. Melihatkan aku yang tidak dapat menjawab tekaannya, dia mengambil semula benda tadi dari tanganku.

Kali ini dia meletakkan sebuah objek besi yang berbentuk bulat. Aku cuba meraba. Terasa ada bonggolan kecil di tepi objek besi yang bergelang kecil itu.

“Shad, apa ni? Shad nak main-mainkan Seri, ya?” Aku makin keliru kerana tidak mampu meneka nama objek yang sebenar.

“Seri, ini cincin emas, ada sebutir permata putih jernih di tengah-tengahnya. Cincin ni memang Seri punya. Shad hadiahkan sebagai tanda pernikahan kita nanti.” Arshad memadamkan kekeliruanku.

“Sebenarnya Seri tak boleh terima cincin ni, jari manis Seri tak sesuai memakai cincin yang secantik ini.” Aku menggeragapi tangan Arshad dan mengembalikan semula cincin itu ke telapak tangannya.

“Seri, kenapa Seri tolak cinta Shad? Shad ni memang tak cukup layak ke untuk Seri?” Arshad seakan-akan memberontak dengan tindakanku sebentar tadi.

Aku bungkam, tercari-cari kata-kata yang paling sesuai untuk dilontarkan.

“Shad, bukan Seri tak dapat menerima cinta Shad tapi Seri ingin mencapai impian Seri. Seri nak jadi cikgu, itu kan hasrat dan cita-cita yang Seri idam-idamkan selama ini.” Aku cuba memohon sedikit pengertian daripada lelaki itu.

“Baiklah, kalau macam tu, cuba Seri teka lagi, apa pula benda yang ini?” Arshad masih mahu meneruskan teka-tekinya.

Beberapa helai kertas yang tebalnya tidak sampai satu inci diletakkan di atas ribaanku.

“Apa lagi ni, Shad?” Aku sudah tidak sanggup dikelirukan lagi.

“Ini borang permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, Shad akan tolong Seri isikan borang ni. Kalau permohonan ni diterima dan Seri dah berkhidmat sebagai seorang guru, Shad akan terus menikahi Seri.” Arshad menerangkan satu persatu.

“Terima kasih, Shad.” Hanya itu yang mampu aku terjemahkan kerana seluruh hatiku saat ini sudah dibaluti dengan sejuta kegembiraan yang tidak mampu kugambarkan dengan kata-kata.

Irama desiran ombak yang tidak lekang membasahi persisiran pantai masih senada alunannya seperti dahulu. Sang camar juga masih bebas berterbangan dengan riuh kicaunya yang sentiasa riang.

Tiga tahun telah berlalu. Biarpun begitu pantas putaran waktu, aku masih sama dengan Seri yang dulu. Seri yang dilahirkan dengan sepasang mata buta. Namun sesuatu yang tidak boleh disangkal ialah, wanita buta ini adalah isteri kepada Arshad Hakimi, seorang ibu kepada sepasang anak kembar yang sempurna deria penglihatannya dan apa yang lebih membanggakan, aku kini seorang guru yang berkhidmat di sebuah Sekolah Khas Cacat Penglihatan.

Ribuan terima kasih kupersembahkan buat suamiku, Arshad Hakimi yang tidak pernah kenal rasa jemu meminjamkan sepasang matanya untukku.

Puji dan syukur tanpa henti kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberikan aku sejalur cahaya di sebalik kegelapan yang maha pekat ini.

Cerpen Cinta

Pernah terbaca satu cerpen berkisarkan cinta yang ringkas tetapi padat...Dikarang oleh penulis berbakat Mastura Abdullah. Hayatilah karya penulisan beliau.

Di Penghujung Senja

April 16, 2008

Oleh Mastura Abdullah

Penat melangkah, akhirnya dia duduk berteleku menghadap lautan yang terbentang luas di hadapannya. Semenjak patah dahan berpaut, dia cuba menjadi sandaran adik-adiknya yang berlima itu.

Tiga tahun lepas, ketika ibu bapanya maut dalam kecelakaan jalan raya dan dia pula, hampir hilang nyawa dalam tragedi yang sama, berhempas pula dia cuba berdiri kembali dalam duka yang sangat menyakitkan itu. Saudara mara yang dahulu sentiasa bersama, mula membawa diri. Akhirnya, tinggal dia dan adik-adiknya yang masih kecil itu untuk meneruskan perjuangan dalam arus deras ini.

Segulung ijazah yang pernah digenggamnya juga tidak pernah membawanya ke mana. Hingga ke hari ini, dia masih mencari sebuah sinar harapan di hadapan lautan itu.

“Kak Aishah, tak mahu balik lagi? Kejap lagi dah masuk waktu Maghrib,” sapa Zahim sambil menyentuh bahunya lembut.

Terasa ada kasih sayang yang padu di kala sentuhan itu menyapa lembut bahunya. Dan tatkala hampir menitiskan mutiara jernih, Aishah menoleh dan sebuah senyuman diukir buat permata hatinya itu.

Hening pagi memberi satu sinar baru buat dirinya. Usai memanjat doa kerana masih diberi nyawa dan sebuah keluarga, dia turun ke laut untuk mencari sesuap nasi buat diri dan adik-adiknya.

Dan begitulah rutin hariannya setiap hari, hasil tangkapan dari laut yang kadang-kadang ada dan kadang-kadang tidak itu tidak pernah menjadi beban buat dirinya, malah dia bersyukur kerana masih berpeluang melihat senyuman di wajah adik-adiknya setiap kali dia pulang ke rumah. “Aishah!”

Suara garau itu menyapa lembut telinganya. Lama benar dia tidak mendengar suara itu menyapanya.

“Aishah…”

Terasa hampir benar suara itu dengan telinganya sehingga dia kaku seketika. Baki hasil tangkapan itu sudah siap dimasukkan ke dalam plastik. Itu sahaja yang tinggal buat santapan malam nanti.

“Aishah, aku di sini sayang.”

“Aku tak perlukan kau, Azlan. Dunia aku yang kecil ini tak layak menyambut kau,” balasnya lembut tetapi cukup untuk menyedari kedudukannya di samping lelaki itu.

Berjuta kali dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki yang bernama Mohd Azlan Iskandar itu tetapi cubaannya tidak pernah berjaya.

Benar, hatinya tertarik pada budi bahasa lelaki itu tetapi malang sekali, terlalu banyak yang perlu difikirkan selain kehendak hatinya.

“Aishah…”

“Lan, aku mohon pengertian kau, Lan. Aku punya tanggungjawab besar. Banyak yang aku perlu fikirkan selain daripada diriku. Aku tak pernah layak berganding dengan kau Lan,” beritahunya perlahan.

Dia tahu, pasar ikan itu bukan untuk lelaki ternama seperti Azlan. Lelaki itu biasa hidup dalam kemewahan sedang dirinya pula, hanya layak menjalani kehidupan itu.

“Aishah, kau tak pernah mahu terima hakikat, aku bukan seperti yang kau sangka. Kau tak pernah beri aku peluang untuk terima dirimu seadanya.”

“Aku balik dulu, Lan. Aku doakan kau bertemu insan yang menyayangi dirimu seadanya.”

Dan seperti selalu, dia meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga. Sedaya yang mungkin dia cuba membuang wajah lelaki itu sehingga dia tiba di rumahnya.

Dingin malam mengajaknya melihat keadaan adik-adiknya yang sedang lena diulit mimpi. Dia mengukir senyuman bila dilihatnya kaki Iman berada di atas perut Hakimi.

Lantas dengan cermat, dia membetulkan kedudukan adik-adiknya. Dan seperti selalu, dia mengucup lembut dahi adik-adiknya itu.

“Maafkan akak, Angah, Shahrul, Iman, Hakimi, Zahim. Buat masa ini, hanya ini yang mampu akak sediakan buat kalian semua. Akak tahu, hidup kalian tidak sempurna kerana akak tapi akak akan usahakan yang terbaik buat kalian semua.”

Tanpa diduga, air mata Angah merembes keluar dari kelopak mata yang tertutup rapat itu. Aishah yang masih tidak menjangka reaksi Angah ketika itu, terpaku di situ tetapi tidak lama. Angah bangun dan terus memeluknya sambil menangis teresak-esak.

“Kak Aishah dah banyak berkorban untuk Angah dan adik-adik. Dulu kak Aishah koma dua minggu, kaki patah tapi kak Aishah tak pernah merungut. Mana ada orang perempuan nak jadi nelayan? Tapi kak Aisyah buat, Angah tak tahu macam mana nak balas jasa kak Aishah.”

Dengan lembut, bahu adiknya itu diusap. Semenjak kehilangan arwah emak dan ayahnya, tidak pernah sekalipun air matanya menitis dan dia tidak akan membenarkan air matanya jatuh walaupun dia berasa hiba yang teramat ketika ini. Tidak akan sekali, dia mengaku kalah di hadapan adik-adiknya.

“Akak tak mahu Angah menangis, apa yang akak buat, itu memang untuk adik-adik. Yang akak harapkan, adik-adik berjaya supaya tak perlu jadi nelayan macam akak.”

Ketika pulang dari laut tengah hari itu, Aishah segera menurunkan hasil tangkapannya ke darat. Belum sempat dia menambat perahu, adik-adiknya sudah menanti di kaki air.

“Kak Aishah!”

Lambaian adik-adiknya menggamit Aishah supaya segera menghampiri mereka.

“Kenapa Kimi?”

“Kak Aishah dapat surat,” kata Hakimi sambil menyerahkan sekeping sampul berwarna coklat kepadanya.

Sebenarnya, sudah sekian lama dia tidak menerima sebarang surat dari sesiapapun terutama daripada syarikat swasta kerana sejak enam bulan yang lalu, dia mula menumpukan sepenuh masa kepada kerja menangkap ikan.

“Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah ditawarkan jawatan sebagai Pereka Bentuk Dalaman. Sila lapor diri…”

Seakan tidak percaya dengan isi kandungan surat yang baru dibacanya sebentar tadi, Aishah membaca semula isi surat itu.

“Cubit akan sekali Kimi,” pintanya, membuatkan Hakimi menjadi sedikit terkejut.

Lama Hakimi memandang wajahnya, seakan meminta satu kepastian.

“Kenapa kak?”

“Akak dapat kerja, Kimi.”

“Alhamdulillah.”

Mendengar ungkapan tanda bersyukur itu, Aishah seakan terjaga daripada mimpinya. Dalam hati dia mengucapkan perkataan yang sama. Isnin depan dia perlu melapor diri, ini bermakna, dia perlu berhijrah ke kota jika ingin menerima tawaran itu.

Bagaimana dengan rumah peninggalan arwah emak dan ayahnya itu? Bagaimana dengan perahu yang ditinggalkan untuknya menyambung hidup? Bagaimana pula dengan persekolahan adik-adiknya?

“Kak Aishah.”

“Kita balik rumah dulu, Kimi.”

Sebuah senyuman manis dihulur buat adiknya dan persoalan yang masih bersarang di dalam benaknya dibiarkan sahaja seperti mana angin laut itu berlalu.

Aishah terdiam saat ibu Azlan datang membawa lamaran untuknya. Lama dia menyepi diri. Sedar kekurangan diri yang terlalu banyak itu, dia hanya mampu menundukkan wajahnya sahaja.

“Aishah…”

“Makcik, saya anak yatim piatu, jauh saya dengan Azlan macam pipit dengan enggang. Azlan berhak dapat gadis yang lebih baik daripada saya,” jelasnya, perlahan.

Lelaki itu mula dikenalinya sejak tiga tahun setengah yang lalu. Mereka bertemu secara kebetulan, ketika itu Azlan salah seorang ahli panel temu duga di sebuah firma reka bentuk dalaman. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat di firma itu, namun Azlan kerap menghubunginya.

Pertama kali, ketika bersemuka dengan lelaki itu, Azlan terus menyatakan hasrat hatinya hendak menyunting Aishah sebagai suri hidupnya dan dia, terang-terangan melabel lelaki itu sebagai gila.

Sejak awal dahulu hingga kini, walaupun Azlan kerap membantunya, tidak pernah barang sekali dia melayan lelaki itu dengan sewajarnya. Kerap kali dia menolak hasrat lelaki itu, walaupun dia amat menyenangi sikap Azlan yang nyata jujur dan ikhlas hendak menyunting dirinya sebagai teman hidup lelaki itu. Dan Azlan pula, tidak pernah sekalipun mengalah dengan dirinya walaupun ditolak berkali-kali.

“Aishah, kita semua tak ada beza pun. Di sisi Allah, iman dan takwa sahaja yang membezakan kita. Azlan pilih Aishah sebab apa yang ada pada diri Aishah. Makcik yakin dan pasti, pilihan Azlan tepat.”

“Aishah ada adik-adik, makcik. Adik-adik Aishah tanggungjawab Aishah. Aishah tak mahu berpisah dengan adik-adik. Hanya adik-adik harta Aishah dunia akhirat. Kalau Aishah mengguris perasaan makcik, Aishah minta maaf tapi Aishah cukup bimbang kalau Azlan atau sesiapa sahaja tak dapat terima adik-adik Aishah. Adik Aishah bukan seorang tapi lima orang, makcik.”

Perlahan dia meluahkan kebimbangannya. Selepas itu, lama dia menyepi sebelum menyambung kembali bicaranya.

“Aishah tahu selepas berkahwin, tanggungjawab Aishah hanya pada suami tapi adik-adik Aishah ini bagaimana, makcik? Tak sanggup Aishah hendak membiarkan mereka terkapai. Sebab itu Aishah mengharapkan pertimbangan Azlan atau sesiapa sahaja. Aishah mahu jaga adik-adik Aishah sampai mereka berjaya dalam hidup, makcik. Aishah akan jaga mereka sehingga mereka tak perlukan Aishah lagi.”

“Kalau begitu, Angah dan adik-adik tak perlukan kak Aishah lagi. Kami boleh hidup tanpa kak Aishah. Kak Aishah berkahwinlah. Angah tahu abang Azlan baik. Tak akan ada orang yang lebih baik selain abang Azlan yang boleh jaga kak Aishah sepanjang hayat. Kak Aishah tak perlu bimbangkan kami sebab kami dah besar. Kalau kak Aishah yang perempuan boleh turun ke laut, tangkap ikan untuk sara kami, kenapa Angah yang lelaki ini tak boleh tangkap ikan untuk teruskan hidup?” tutur Angah perlahan tetapi cukup untuk menyentap perasaan halusnya.

Selama ini dia berjaya menutup rasa sedihnya tetapi tidak pada hari ini. Kata-kata Angah terkesan hingga ke hati. Tanpa malu dan rasa bersalah, dia menitiskan air mata di hadapan Hajah Normah.

Aishah membulatkan tekad. Tawaran sebagai pereka bentuk dalaman di firma Indah Sejarah akan ditolaknya. Hampir seminggu memikirkannya, dikuatkan lagi dengan petunjuk yang diterimanya selepas tiga malam menunaikan solat istikharah, dia nekad.

Mungkin itu yang terbaik buat diri dan adik-adiknya. Dengan jumlah simpanan yang sudah melebihi lima ribu ringgit, dia tahu dia boleh mengusahakan sebuah perniagaan secara kecil-kecilan. Sudah tiba masa dia perlu bangkit secara perlahan-lahan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.

“Aishah.”

Namanya diseru perlahan. Aishah tergamam melihat keadaan Azlan yang tidak begitu terurus ketika itu.

“Azlan, kau kenapa?”

“Aku rindukan kau, Aishah.”

“Azlan…”

“Kenapa kau tak pernah beri aku peluang, Aishah?”

“Aku tak layak untuk sesiapapun, Azlan. Aku tak layak bagi peluang pada sesiapapun,” jawabnya perlahan.

Sehingga kini, dia masih belum dapat memberi segala kebahagiaan kepada adik-adiknya dan bagaimana dia mampu mencari kebahagiaan buat dirinya?

“Aku sayangkan kau, Aishah. Kau tahu aku ikhlas ingin jadikan kau sebagai isteriku dunia akhirat dan kau juga tahu aku tidak akan sesekali mengabaikan adik-adikmu.”

Tulus pengakuan itu kedengaran di telinganya. Azlan menghampirinya dan dia semakin lama semakin dapat dilihat betapa lemahnya lelaki itu ketika ini. Azlan sakitkah?

“Aku sayangkan kau, Aishah. Dunia akhirat aku sayangkan kau. Aku harap Aishah, besar harapanku agar kau sudi jadi isteriku, dunia akhirat.”

Tidak sempat dia menjawab, lelaki itu rebah di hujung kakinya. Mata itu terpejam rapat hingga dia cemas tiba-tiba.

Hampir dua tahun berlalu dan kini, perniagaan keropok lekor yang diusahakannya secara kecil-kecilan telah mula berkembang. Berkat usahanya dan juga sokongan keluarganya, perniagaannya semakin maju.

“Ibu…,” panggil Zulaikha.

Larian si kecil itu menghiburkan hatinya. Bengkang bengkok lariannya ketika itu dia dikejar oleh ayahnya, Mohd Azlan Iskandar. Teringat saat lelaki itu rebah ketika melamarnya dua tahun yang lepas.

Menggeletar seluruh tubuhnya saat itu. Selepas dibawa ke hospital, baru dia tahu lelaki itu diserang demam denggi. Semenjak itu, baru dia belajar mengenal erti kasih terhadap Azlan.

Baru dia sedar yang dia sangat memerlukan lelaki itu dalam seluruh kehidupannya. Dan apabila Azlan mulai pulih, tanpa berselindung dia mengakui perasaan sayangnya terhadap Azlan.

Dan kini, selepas dua tahun menjadi suri hidup Azlan, mereka dianugerahkan seorang puteri. Dia tidak lagi turun ke laut sebaliknya dia kini giat menjalankan perusahaan keropok lekor berkat sokongan Azlan dan keluarga mertuanya. Angah? Alhamdulillah, Angah kini sedang buat persediaan untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland.

Shahrul sedang belajar di MRSM Terendak manakala Iman belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Yang setia berada di sampingnya ketika ini adalah Kimi dan Zahim kerana masing-masing berada di sekolah rendah. Alhamdulillah, dia punya sebuah keluarga yang cukup sempurna.

“Ibu, ayah!” Jerit Zulaikha sambil merangkul kakinya.

Aishah ketawa kecil sambil mendukung Zulaikha yang sungguh agresif kerana mahu mengelak daripada usikan ayahnya. Azlan menghampiri Aishah sambil memaut pinggangnya. Hidung si kecil itu dicuit beberapa kali.

“Abang kuat sangat menyakat Zulaikha.”

“Anak abang ni comel, Aishah. Abang geram nak cubit selalu.”

“Terima kasih Aishah sebab sudi terima abang dalam hidup Aishah. Terima kasih juga pada Aishah sebab selalu buat abang rasa sempurna. Terima kasih untuk segala-galanya.”

Tulus kata-kata itu dibisikkan ke telinganya. Hanya sebuah senyuman diukir buat suami tercinta. Dalam hati, tidak putus dia berdoa supaya bahagian di dunia dan akhirat sentiasa menjadi miliknya dan suami.

“Pagi esok kita ziarah kubur arwah mak dengan ayah ya abang?”

Tiada jawapan selain rangkulan di pinggangnya yang semakin erat. Suara si kecil itupun semakin ceria bila si ayah setia mengusiknya. Aishah tidak perlu meneka kerana jawapan yang dimahukannya sudah pasti di sebalik senyuman itu.

Siti Nurhaliza - video-video lagunya

Siti Nurhaliza dan Kris dayanti bergabung dalam CTKD



Saya telah membeli album ini pada hari pertama ia dipasarkan pada 28 Disember 2009...Walaupun agak kecewa kerana hanya mengandungi enam sahaja lagu, yang mana selebihnya hanya instrumental...Namun begitu, enam sahaja lagu sahaja sudah cukup menggegarkan jiwa saya dan mampu membuat saya terbuai serta mendengarnya keseluruhan album berulang-ulang kali....

Di bawah merupakan senarai lagu-lagu yang terdapat di dalam album ni:

  • Jika kau tak datang
  • Sebagai Teman
  • Amarah
  • Dalam Diamku
  • Tanpamu
  • Hanya Dia
Album ini mempunyai empat lagu bernada perlahan dan dua lagu bernada rancak. Kesemuanya hebat dan sedap. Kesimpulannya, tidak rugi memiliki album ni kerana ia sangat berkualiti dan hasil gabungan dua penyanyi terhebat Malaysia dan Indonesia. Saya sertakan beberapa lirik lagu yang terdapat di dalam album tersebut.



Siti Nurhaliza & Krisdayanti – Sebagai Teman

Sejauh manakah ketabahan hati
Menempuhi dunia
Walaupun kau jauh
Kau tetap di hati
Temanku
Percayalah

Begitu tulusnya perhatian kamu
Kepada diriku
Hidupku berombak
Namun kau selalu ada kuatkanku

Chorus
Oh mengapa
Dunia ini begini
Ku cuma manusia biasa
Yang hanya inginkan hidup
Seperti yang lain (seperti juga yang lain)
Mengapa harus begini

Sejak hari itu hatiku terluka
Namun ku sembunyi

Ku juga mengerti
Walaupun terselindung
Kau teman
Aku fahami

Ulang Chorus

Oh Tuhan
Tunjukkanlah jalanMu
Padaku untuk bahagia
Selamanya

Ulang Chorus

Kuatkanlah diri menjalani semua ini


Krisdayanti & Siti Nurhaliza - Amarah

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Chorus
Kau tak bisa hapuskan amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu kamu mahu
Aku tahu kamu tahu
Dan ku takkan tunjukkanku amarah
Kerana aku tahu segala yang berlaku
Tetap akan berlaku di mana kudratku
Dia yang menentu
Dia yang menentu

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Ulang Chorus

Hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang ingin selalu dimanja dan disayangi
Ku bukan tagih janji yang kau hancuri

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Ulang Chorus 2X

Siti Nurhaliza ft Krisdayanti - Jika Kau Tak Datang


Jika kau tak datang
Jika kau ingkari
Aku sesali... sesali

Jika kau tak datang
Jika kau ingkari
Aku kan mencari lagi

Jika batas waktu yang kau berikan telah tiba
Tak ada alasan apapun yang ingin kudengar
Kamu harus datang

*Saat-saat indah yang selalu kunanti-nanti
Kau ikatkan janjimu untuk sehidup dan semati
Hanya demi kamu

**Mesranya berdua merengkuh semesta
Nikmati gelora asmara
Lepaskan gejolak membara oh

Chorus
Jika kau tak datang
Jika kau ingkari
Aku sesali sesali
Jika kau tak datang
Jika kau ingkari
Aku kan mencari lagi
Cinta lain
Yang mengerti aku
Sungguh Pasti
Ulang *, ** Ulang Chorus

Mengapa hanya
Aku yang merasakan kebimbangan
Resahku oh
Ulang *, ** Ulang Chorus

# Aku pasti akan menyesali
Pasti akan menyesali

Siti Nurhaliza ft Krisdayanti - Tanpamu


KD
Biasanya aku lelap tidur...
Terbangun 'tuk fikirkan diri mu
Mengenangmu yang kini telah jauh

CT
Biasanya aku tenang tidur
Terbuaiku mengingat dirimu
Mencintamu namun kau terlalu jauh

KD
Kucuba lupakan dirimu
Mengingatmu hancurkan hatiku

CT
Dahulu seia sekata,
Namun kini semua telah berlalu

Korus
Sayang kuingatkan dirimu....
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.

Sayang kuingatkan dirimu....
Bahawa ku tak bisa hidup tanpamu.

Ohh....

Ulang Semula

Siti Nurhaliza & Krisdayanti - Dalam Diamku


Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa

Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

*Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi

**Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Chorus
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini

Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Daku terus mencari...
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Ulang *, ** dan chorus

Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah... lepaskanlah...

Ulang chorus

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi

Siti Nurhaliza - pencapaiannya yang terhebat...menggegar industri seni..

Di bawah merupakan antara pencapaian Dato' Siti Nurhaliza sepanjang menjadi anak seni....begitu hebat....benar2 ikon dan lagenda industri seni tanahair....satu dalam sejuta....

Malaysian Music Industry Awards (Anugerah Industri Muzik)

Best Pop Album (Hadiah Daripada Hati) 2008
Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Hadiah Daripada Hati") 2008
Best Musical Arrangement in an Album (Malay) ("Cintamu") 2008
Best Album (Transkripsi) 2007
Best Pop Album (Transkripsi) 2007
Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Siti Nurhaliza in Concert: Royal Albert Hall") 2006
Kembara (Explorer) Award 2005
Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Prasasti Seni") 2005
Best Musical Arrangement in an Album ("Seindah Biasa") 2005
Best Album ("E.M.A.S") 2004
Best Pop Album ("E.M.A.S") 2004
Kembara (Explorer) Award 2004
Best Vocal Performance in an Album (Female) ("E.M.A.S") 2004
Best Musical Arrangement in an Album ("Bukan Cinta Biasa") 2004
Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Sanggar Mustika") 2003
Best Musical Arrangement in an Album ("Merisik Khabar") 2003
Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Konsert Mega Siti Nurhaliza") 2002
Best Ethnic Pop Album ("Sahmura") 2001
Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Sahmura") 2001
Kembara (Explorer) Award 2000
Best Album ("Seri Balas") 2000
Best Ethnic Pop Album ("Seri Balas") 2000
Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Pancawarna") 2000
Best Album ("Adiwarna") 1999
Best Pop Album ("Adiwarna") 1999
Best Vocal Performance in an Album (Female) ("Adiwarna") 1999
Best Song ("Jerat Percintaan") 1997
Best Newcomer (Female) 1997

Malaysian Song Champion Awards (Anugerah Juara Lagu)

Viewers Choice Song Champion ("Cindai") AJL 20
Best Performance ("Ku Milikmu") AJL 18
Best Performance ("Nirmala") AJL 17
Ethnic Pop Song Champion ("Nirmala") AJL 17
Best Performance ("Ya Maulai") 2001
Pop Rock Song Champion ("Engkau Bagaikan Permata") 2001
Ballad Song Champion ("Kau Kekasihku") 2000
Ethnic Pop Song Champion ("Balqis") 2000
Song Champion ("Balqis") 2000
Ballad Song Champion ("Purnama Merindu") 1999
Ethnic Pop Song Champion ("Hati Kama") 1999
Ethnic Pop Song Champion ("Cindai") 1998
Song Champion ("Cindai") 1998
Best Performance ("Aku Cinta Padamu") 1997
Ballad Song Champion ("Aku Cinta Padamu") 1997
Song Champion ("Jerat Percintaan") 1996
Best Performance ("Jerat Percintaan") 1996
Ballad Song Champion ("Jerat Percintaan") 1996

Malaysian Popular Stars Award (Anugerah Bintang Popular)

Popular Female Singer 2008
Popular Female Singer 2007
Popular Female Singer 2006
Popular Female Singer 2005
Most Popular Star 2004
Popular Female Singer 2004
Most Popular Star 2003
Popular Female Singer 2003
Most Popular Star 2002
Popular Female Singer 2002
Most Popular Star 2001
Popular Female Singer 2001
Popular Female Singer 2000
Most Popular Star 2000
Popular Female Singer 1999
Most Popular Star 1999
Popular Female Singer 1998
Most Popular Star 1998
Popular Female Singer 1997
Most Popular Star 1997
Popular TV Entertainer 1997

The Malaysia Book of Records

First Malaysian artiste to perform a solo concert at the prestigious Royal Albert Hall (2005)
Most Awards Won Artiste - 112 awards (2004)
Most Awards Won Artiste - 52 awards (2001)

Anugerah Planet Muzik (Planet Music Awards)

Most Popular Female Artiste 2008
Most Popular Female Artiste 2007
Best Female Artiste 2007
Best Song ("Biarlah Rahsia") 2007
Most Popular Female Artiste 2006
Most Popular Female Artiste 2005
Most Popular Song ("Lagu Rindu") 2005
Most Popular Female Artiste 2004
Best Female Artiste 2004
Best Song ("Bukan Cinta Biasa") 2004
Most Popular Female Artiste 2003
Best Female Artiste 2003
Special Award 2003
Most Popular Female Artiste 2002
Best Female Artiste 2002
Most Popular Female Artiste 2001
Most Popular Song ("Balqis") 2001
Best Female Artiste 2001

Anugerah ERA (ERA Awards)

Best Choice for Female Vocalist 2007
Best Choice for Female Vocalist 2006
Best Choice for Female Vocalist 2005
Best Choice Ethnic Song ("Badarsila") 2003
Best Choice Music Video ("Bukan Cinta Biasa") 2003
Best Choice for Female Vocalist 2002
Best Choice Ethnic Song ("Nirmala") 2002
Best Choice Music Video ("Nirmala") 2002
Best Choice for Female Vocalist 2001
Best Choice for Duo/Group Vocalist (with Tan Sri S.M. Salim) 2001
Best Choice Ethnic Song ("Pandang-pandang Jeling-jeling") 2001
Best Choice Pop Song ("Percayalah") 2001
Best Choice Music Video ("Percayalah") 2001

MTV Asia Awards

Favourite Artiste (Malaysia) 2005
Favourite Artiste (Malaysia) 2004
Favourite Artiste (Malaysia) 2003
Favourite Artiste (Malaysia) 2002

Recognitions & Honours

BIM Outstanding Professionals (Celebrity) Award (2008)
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) (2006)
Anugerah Srikandi Seni (2005) - UMNO Bahagian Maran, Pahang
Setia Ahmad Shah (SAP) (2005)
Tokoh Karyawan Usahawan Muda (2005) - Universiti Sains Malaysia
Nickoledeon Kid's Choice Awards (2005) - Wannabe Award
BestBrands Malaysian Personality of the Year Award (2005) - BestBrands Council
Nickoledeon Kid's Choice Awards (2004) - Wannabe Award
The Outstanding Young Malaysian Award 2003 (TOYM) - Cultural Achievement - Junior Chamber of Kuala Lumpur Mandarin
Johan Setia Mahkota (JSM) (2003) - SPB Yang DiPertuan Agong
Anugerah Jasamu Dikenang MAYC (2003)
Anugerah Puteri Remaja (2002) - Puteri UMNO
Bintang Universe of Corum (2002) - The Most Success Talent In Malaysia Music Industry
Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP)
Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) - Darjah Kebesaran Ke-4 Negeri Pahang

Appointments

International Adviser of Performing Arts of Limkokwing University (2008)
Ambassador of Pantene (2007)
Ambassador of Suara Universiti (2007)
Ambassador of Elegance Tiara Collection (2006)
Ambassador of SHINE Pantene Pro-V (2006)
Ambassador of OLAY Total Effects (2006)
Ambassador of Maxis-Hotlink (2004)
Ambassador of Produk IT Samsung Malaysia (2004)
Ambassador of Minolta DiMAGE Malaysia (2003)
Ambassador of "With All Our Hearts’ Charity Fund" Jusco (2002-2006)
Ambassador of TM Net (2002)
Malaysia Stamp Princess
Model of Mitsubishi Trium
Model of BLEU and PEPSI (2002)
Model/Spokesperson of Maybelline New York
Model of Nippon Wiper Blade (NWB)
Ambassador of Muhibah PBSM

International Awards

SCTV Music Awards Indonesia 2004 - Top Foreign Artist
Indonesian Music Awards 2003 - Malaysian Best Album (E.M.A.S)
Voice of Asia 2002 - Grand Prix Champion
Indonesian Music Awards 2001 - Most Lucrative Foreign Artist In Indonesia
South Pacific International Song and Singing Competition 1999 - Pop Winner/Top 40 Category International Song (We'll Be As One)
South Pacific International Song and Singing Competition 1999 - Best Female Vocal Performance (We'll Be As One)
Shanghai Music Festival 1999 - Gold Award in Singing Competition
Singapore Music Awards 1997 - Most Popular Newcomer Female & Most Popular Song ("Mawarku")

Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta

TAHAJJUD CINTA

Secara jujurnya, saya telah memiliki album ini....album ini saya sifatkan sebagai satu album yang sangat fatana dan jujur dalam memperjuangkan lagu2 yang berkisarkan islamiah dan nasihat...Di bawah saya titipkan antara gubahan lirik-lirik lagu yang terkandung dalam album Tahajjud Cinta sebagai panduan dan hidangan minda.

Lagu-lagu yang terkandung dalam album ini:

"Asma Ul Husna"

"Pintu Rindu"

"Tahajjud Cinta"

"Batasku Asaku"

"Ku Percaya Ada Cinta"

"Ya Rasulullah"

"Ketika Cinta"

"Selawat"


.

Ku percaya ada cinta

Mereka meragui
Wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala


Chorus 1

Ku rela..
Biar betapapun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya..
Tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta..
Tersembunyi hikmahnya pasti

Chorus 2

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui
Ku rela
Biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya
Tidak sia-sia aku duji
Ada hikmahnya pasti

Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci
Dan abadi….



Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Renungan hidup dalam cinta



Dalam perca-perca kenangan cinta, aku teringatkan titik permulaan aku mengenali diri mu. Beginilah cinta, mewarnai kehidupan kita semenjak kecil sehinggalah kita dewasa. Aku sering mengharapkan agar kau kekasih ku menoktahkan kebimbangan diri ini dalam percintaan. Mari kita buktikan pada dunia bahawa cinta kita ini suci dan abadi. Aku pegang erat janji mu, kita menuju gerbang cinta sejati. Jangan biarkan cinta ini karam di lautan sepi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang menjadikan cinta kita sebagai bahan perjudian. Mereka semua tidak berhak menilai percintaan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya.


Aku umpama sekuntum mawar, cantik menawan dengan haruman lalu datang sang kumbang menyapa, memberi kasih menitip sayang lalu bermulalah suatu episod cinta agung antara kita.


Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.




CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.


ingatan : carilah cinta yang mencintai kita.....hargailah cinta sebaik mungkin....anggaplah cinta itu pertama yang akan hadir dalam jiwa, dan yang terakhir bersemadi dalam hati...

Handphone ku (2004-2010)



Kaki tukar nset...huhu..x bley tgok nset cun cket...mesti mengidamkan utk memiliki....pakai nset since form 3...first nset, of cous, 33sekupang...pas2 upgrade cket pakai nokia 8250..pakai lak nokia 3120. pas2 pakai sony ericsson T610...tukar lagi, pakai sony k300i sampai ianya hilang time raya..2kar lak nset nokia 6600 tahun 2006..lame gak pakai nset ni sampai ujung 2006..pas2 pakai sony ericsson k750i..ni pun tahan lama la jugak...pas2 pakai dua nset, sony k750i ngan nokia 6030...jual nokia 6030, beli nokia 3250XM..ni awal 2007 la...pakai dalam 5 bulan cam2...sony k750i stil guna...ntah camner nokia 3250 ni jadi sengal lak..trade in, amek nokia 6288..bulan januari 2008, beli lak sony ericsson k810i..nokia 6288 stil ader, kamera rosak dan hilang time bilik sewa kena pecah masuk...pertengahan 2008, rase nk cuba lak brand yang pelik2..akhirnya, terbeli lak immobile 630...tapi sial tol, x dpt line bila kt kg...pakai 2 bulan je da rosak..huhu..pas2 pakai lak sony ericsson w580i..beli guna gaji first keje bulan september 2008...time raye lak, beli nset seken sony z530i pas jual nokia 6111...bulan januari 2009, beli nokia n79 lak...sony w580i beri kat ayah aku...pakai dalam 3 bulan, jual tok beli laptop...pas2 beli sony ericsson w850i n k850i ( due2 beli kat mudah.my)...penah gak pakai HTC dual touch, konon nk merasa touch screen nset..penah gak pakai w910i sebelum dijual...pas2 jual sony w850i n k850i bulan julai 2009, amek sony ericsson C905..pakai 2 minggu jual...beli nset biasa2 aje..pas2 nset low end, nokia 5130XM ngan sony k750i lame 2...huhu...skrang pakai samsung starz wifi.....erm, xthu bila lak nk tukar nset....


pesanan : jgn jadi mcam aku....suka membazir....tapi utk kepuasan diri, ape salahnya....hehe....